27 November, 2011

Teknik Belajar

Teknik Belajar Asas


  • Matlamat Belajar

Pada awal sesi persekolahan, seboleh-bolehnya guru perlu membimbing dan membina matlamat belajar pelajarnya. Khususnya, bagi mata pelajaran yang diajarnya. Matlamat ini, lazimnya dikaitkan dengan sasaran yang mahu pelajar-pelajar capai dalam setiap ujian atau peperiksaan yang akan dihadapi nanti.


  • Menyediakan Kelengkapan Belajar Secukupnya

Kadang-kadang ada di antara pelajar yang mengambil mudah tentang kelengkapan belajar seperti buku tulis, alat tulis, kalkulator dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan dengan mata pelajaran yang anda ajar. Dari semasa ke semasa, selalulah ingatkan mereka agar segala kelengkapan belajar perlu disediakan agar tidak mengganggu proses pembelajaran mereka. 


  • Bahan Bacaan Tambahan

Selain buku teks, lazimnya bahan bacaan tambahan juga diperlukan. Justeru, bimbinglah pelajar-pelajar anda untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan sama ada dibeli dari kedai-kedai buku atau meminjamnya di perpustakaan awam.


  • Ringkasan Kandungan Pelajaran

Sebagai motivasi dan pembuka minda pelajar-pelajar, tidak salah jika anda terangkan sepintas lalu kandungan pelajaran yang akan mereka pelajari dalam satu-satu sesi persekolahan. Contohnya, kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam.


  • Teknik Membaca

Sewaktu anda melaksanakan pengajaran, dari semasa ke semasa terangkan kepada pelajar-pelajar tentang teknik membaca yang betul dan berkesan. Penekanan diberikan kepada kaedah untuk mengenalpasti isi-isi penting dan isi-isi sokongan, mentafsir dan memahami gambar rajah, gambar, jadual graf, statistik dan sebagainya.


  • Teknik Mendengar

Anda juga boleh berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang teknik mendengar yang berkesan atau cara untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap apa guru sampaikan. Khususnya, tip-tip untuk mengelakkan mengantuk dan berasa bosan.


  • Teknik Mencatat Nota

Salah satu aktiviti utama dalam pembelajaran pelajar di kelas ialah mencatat nota. Nota yang dicatat dan diurus dengan baik dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan mudah. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membimbing pelajar-pelajar mencatat dan mengurus nota dengan sistematik khususnya dari aspek penulisan nota.


  • Teknik Mengingat

Ujian atau peperiksaan adalah bersifat output yang menghendaki pelajar mengingat kembali input-input yang telah disimpan di dalam memori. Oleh itu, anda juga perlu mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kaedah atau petua mengingat.


  • Teknik Ulangkaji

Guru perlu membimbing pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran yang dipelajari. Contohnya untuk mata pelajaran Matematik, memerlukan banyak latih tubi.

  • Teknik Menjawab Soalan Ujian dan Peperiksaan
Guru perlu memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan betul. Guru perlu menggunakan contoh-contoh soalan yang mengikut format ujian atau peperiksaan supaya para pelajar mahir dengan soalan yang akan dijawab kelak.


0 comments:

Post a Comment