27 November, 2011

Teknik Belajar

Teknik Belajar Asas


  • Matlamat Belajar

Pada awal sesi persekolahan, seboleh-bolehnya guru perlu membimbing dan membina matlamat belajar pelajarnya. Khususnya, bagi mata pelajaran yang diajarnya. Matlamat ini, lazimnya dikaitkan dengan sasaran yang mahu pelajar-pelajar capai dalam setiap ujian atau peperiksaan yang akan dihadapi nanti.


  • Menyediakan Kelengkapan Belajar Secukupnya

Kadang-kadang ada di antara pelajar yang mengambil mudah tentang kelengkapan belajar seperti buku tulis, alat tulis, kalkulator dan keperluan-keperluan lain yang berkaitan dengan mata pelajaran yang anda ajar. Dari semasa ke semasa, selalulah ingatkan mereka agar segala kelengkapan belajar perlu disediakan agar tidak mengganggu proses pembelajaran mereka. 


  • Bahan Bacaan Tambahan

Selain buku teks, lazimnya bahan bacaan tambahan juga diperlukan. Justeru, bimbinglah pelajar-pelajar anda untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan sama ada dibeli dari kedai-kedai buku atau meminjamnya di perpustakaan awam.


  • Ringkasan Kandungan Pelajaran

Sebagai motivasi dan pembuka minda pelajar-pelajar, tidak salah jika anda terangkan sepintas lalu kandungan pelajaran yang akan mereka pelajari dalam satu-satu sesi persekolahan. Contohnya, kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam.


  • Teknik Membaca

Sewaktu anda melaksanakan pengajaran, dari semasa ke semasa terangkan kepada pelajar-pelajar tentang teknik membaca yang betul dan berkesan. Penekanan diberikan kepada kaedah untuk mengenalpasti isi-isi penting dan isi-isi sokongan, mentafsir dan memahami gambar rajah, gambar, jadual graf, statistik dan sebagainya.


  • Teknik Mendengar

Anda juga boleh berkongsi dengan pelajar-pelajar tentang teknik mendengar yang berkesan atau cara untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap apa guru sampaikan. Khususnya, tip-tip untuk mengelakkan mengantuk dan berasa bosan.


  • Teknik Mencatat Nota

Salah satu aktiviti utama dalam pembelajaran pelajar di kelas ialah mencatat nota. Nota yang dicatat dan diurus dengan baik dapat membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dengan mudah. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk membimbing pelajar-pelajar mencatat dan mengurus nota dengan sistematik khususnya dari aspek penulisan nota.


  • Teknik Mengingat

Ujian atau peperiksaan adalah bersifat output yang menghendaki pelajar mengingat kembali input-input yang telah disimpan di dalam memori. Oleh itu, anda juga perlu mendedahkan kepada pelajar-pelajar tentang kaedah atau petua mengingat.


  • Teknik Ulangkaji

Guru perlu membimbing pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran yang dipelajari. Contohnya untuk mata pelajaran Matematik, memerlukan banyak latih tubi.

  • Teknik Menjawab Soalan Ujian dan Peperiksaan
Guru perlu memberi pendedahan tentang teknik menjawab soalan dengan betul. Guru perlu menggunakan contoh-contoh soalan yang mengikut format ujian atau peperiksaan supaya para pelajar mahir dengan soalan yang akan dijawab kelak.


Syair Bermadah




Syair untuk Pendidik

Wahai sang pendidik yang mendidik orang,

Bagaimana bisa dirimu menjadi pendidik,

Engkau memberikan ubat bagi orang yang sakit,

Dan orang yang merintih agar sembuh sedang engkau juga sakit,

Mulailah dari dirimu kerana akalmu tidak terbina,

Mulailah dari dirimu dan hilangkan sifat burukmu,

Jika engkau telah menghilangkan sifat burukmu maka,

engkau dapat menjadi orang yang bijaksana,

Adab yang diajarkan ketika kecil dapat bermanfaat,

sedangkan adab yang diajarkan setelah tua tidak dapat bermanfaat,

Ranting yang masih muda jika engkau luruskan akan menjadi lurus,

sedangkan sebatang kayu jika engkau bengkokkan maka dia akan menjadi patah.

Aku melihat aku lupa apa yang aku pelajari ketika besar,

Dan aku tidak melupakan apa yang aku pelajari ketika kecil,

Ilmu itu tidak lain adalah yang dipelajari ketika kecil,

Dan sifat pemurah akan muncul setelah seseorang menjadi dewasa,

Dan ilmu yang dipelajari setelah tumbuh uban adalah sebuah kerja keras,

Kerana hati, pendengaran, dan penglihatan seseorang telah menjadi letih,

Seandainya hati pelajar diresapi dengan ilmu ketika masih muda,

Nescaya dia akan melihat ilmu di dalamnya seperti lukisan di atas batu.

Semoga anak kecil yang dididik oleh kaumnya,

kemuliaan dan menjaga akhlaq yang mulia,

Menjadi orang yang bermanfaat dan menjadi kebanggaan bagi kaumnya,

Jika mereka membiarkannya maka dia akan menjadi cela dan kehinaan bagi mereka,

Maka didiklah dia semampumu, mudah-mudahan dia menjadi generasi,

yang akan mendatangkan suatu keajaiban.






Ikhlaskanlah Hatimu untuk Allah


Ikhlaslah,
Kemudian apa yang kamu mahu selepas itu pakailah,

Sama ada mahkota di kepala atau pakaian bergaya sutera,

Bukanlah zuhud itu pada kain koyak yang dipakai,

Jadilah orang yang tulus zuhudnya dan pakailah sekali pun pakaian buruk,

Zuhud itu ialah mencabut (dari hati) kecintaan pada dunia dan apa yang melalaikan,

bukannya dengan membuang pakaian, maka ketahuilah.