05 December, 2011

Kata-kata Nasihat



Belajar Membaca Sambil Menyanyi

Hiburkan Hatimu Wahai Anakku



  • Murid menyanyikan lagu "Cinta Muka Buku" sambil belajar membaca berpandukan lirik lagu yang ditayangkan.













  •  Murid menyanyikan lagu "Berdua Bersatu" berpandukan lirik yang ditayangkan sebagai latihan mengukuhkan bacaan.







Aktiviti Pengukuhan (Mari Bercerita)



  • Gambar-gambar berbentuk cerita yang disediakan membantu mengembangkan minda murid.
  • Murid bercerita tentang gambar yang ditunjukkan di dalam slide yang ditayangkan.
    • Murid belajar membina ayat secara lisan berpandukan gambar yang diberi.


    Aktiviti Pengukuhan (Mari Berdialog)

    Mari Berdialog



    • Murid kumpulan cergas membaca dialog yang disediakan latihan pengukuhan bacaan.


    Penutup



    • Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
    • Murid menyiapkan latihan yang diberi oleh guru.
    • Guru membimbing murid secara individu.





    04 December, 2011

    Aktiviti 3 (Perkataan KV+KV)

    Mari Belajar Perkataan KV+KV



    Menyebut Perkataan KV+KV


    • Murid belajar menyebut perkataan KV + KV berpandukan slide yang ditunjukkan oleh guru.
    • Murid menggabungkan suku kata KV menjadi perkataan KV +KV satu persatu secara bekumpulan.




    Aktiviti 2 ( Suku Kata KV)

    Mari Belajar Suku Kata KV



    Menyebut Suku Kata KV


    • Guru memberi penerangan kepada murid menyebut suku kata KV dengan menggunakan video yang disediakan.

    • Murid belajar menyebut suku kata KV berpandukan video yang ditayangkan.








    Mari Belajar Suku Kata KV


    • Murid menyebut suku kata KV satu persatu berpandukan video yang ditayangkan itu.





    Aktiviti 1 (Huruf Vokal)

    Mari Belajar Bunyi Huruf Vokal



    Menyebut Huruf Vokal a,e,i,o,u 


    •  Guru menunjukkan huruf vokal a, e, i, o dan u secara rawak kepada murid. 
    • Murid menyebut huruf vokal yang ditunjuk oleh guru satu persatu.





      Mari Belajar Sebut Vokal "a"


      • Murid belajar menyebut dan membunyikan huruf vokal "a" .
      • Murid mendengar bunyi vokal "a" dan suku kata KV berpandukan video yang ditayangkan.






      Set Induksi (Mari Menyanyi)

      Mari Menyanyi Mengikut Rentak dan Irama



      • Guru dan murid bersama-sama menyanyikan lagu "Selamat Pagi" mengikut rentak dan irama dengan berpandukan video yang disediakan.

      Lagu Selamat Pagi 








        
      • Murid menyanyi lagu "ABC" dengan berpandukan video yang disediakan sebagai aktiviti mengingat semula pelajaran yang lepas.

      Mari Menyanyi Lagu ABC 



      Pengenalan Pemulihan Khas

      PENGENALAN 

      Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Program ini disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.



      OBJEKTIF

      Objektif program ini ialah

      i) Menguasai kemahiran asas 3M
      ii) Meneruskan pembelajaran di kelas biasa
      iii) Menambah sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran




      Saksikan dan hayati video ini. Selamat menonton. 



      Sinopsis cerita :

      Cerita ini mengisahkan seorang budak yang mengalami masalah pembelajaran. Saksikan bagaimana seorang guru yang tidak pernah berputus asa mendidik dan membimbing budak itu sehingga berjaya.